Buek apo tomonong ajo? Order jo kek GrabFood!

Biasanya kalau sebut sahaja nama Aqil Zulkiflee, kita bayangkannya dengan video-video unboxing pelbagai barangan. Apa kata kali ini kita minta Aqil unboxing pula tempat-tempat makan yang menarik di Negeri Sembilan. Makanan di Negeri Sembilan ni sodap-sodap belaka. Susah den nak memilihnya.

Eloklah juga Aqil tolong recommendkan tempat makan di Negeri Sembilan ni sebab GrabFood ada menawarkan diskaun 50% dengan kod promo HOTDEALSGF! Apo lagi jang. Jeda dulu YouTube dan pesan makanan dulu.

1. The Urban Affairs, Seremban

Di The Urban Affairs ni, konsepnya agak menarik. Macam-macam ada. Yalah, ia berkonsepkan vendor boutique. Selain dari pakaian dan aksesori, The Urban Affairs ni pun ada tempat makan. Aqil kata dia suka betul dengan buttermilk chicken with rice. Kuah mesti banjir. Wow! Mesti cuba ni.

Buttermilk chicken with rice ni adalah ketulan ayam yang digoreng dan disimbah dengan kuah susu cair dengan daun kari dan cili padi. Kalau tak ada cili padi, tak sah lah kalau di Negeri Sembilan ni. Jadi kuahnya likat berkrim. Cubalah. Pesan saja dari GrabFood. Dapat diskaun lagi.

2. Nasi Ayam Mafia, Nilai

Aqil kata Nasi Ayam Mafia di sini lain macam sedapnya. Bagi Aqil, sos cilinya yang menambahkan keenakan nasi ayam di sini. Agaknya sos cili tu dibuat istimewa sesuai dengan selera orang Negeri Sembilan yang kuat makan pedas. 

Ayamnya dipanggang cukup garing tapi dagingnya masih lembut. Cukup sedap dan menyelerakan. Di sini, nasi ayamnya dihidangkan dengan alas daun pisang. Daun pisang ni memang memainkan peranan yang besar dalam hidangan makanan bukan sahaja dari segi estetik tetapi juga boleh menaikkan lagi aroma dan perisa makanan.

3. House of Mee Rebus Syed Johor, Nilai

Aqil belum pernah ke sini lagi tapi katanya House of Mee Rebus Syed Johor ni memang ada dalam senarai mesti cubanya. Apa tidaknya, Soto Begedil di sini amat popular kerana kuah supnya amat berperisa dan begedilnya yang tidak kedekut dengan daging kisar. Kalau nak pedas lagi, tambah kicap cili pada sup. Memang mantap.

Jangan tunggu Aqil. Order sahaja dari GrabFood. Cubalah Soto Begedil tu!

4. The Plate Project, Seremban

Kek Nismilan ni kalau tak podeh tak boleh. Di The Plate Project, makanan yang berinspirasi makanan Itali, Alfredo Chilli Prawn Pasta ni podeh. Ini yang sedap sangat pasta ni. Alfredo ni adalah sejenis hidangan pasta Itali yang amat ringkas yang hanya menggunakan dua bahan utama iaitu mentega dan keju, tetapi The Plate Project telah menambahkan cili dan udang untuk rasa yang lebih kaya dan menyelerakan terutamanya bagi orang Nismilan.  

Tak nak cuba ke? Kalau nak rasa makanan inspirasi Itali dengan citarasa Nismilan, Alfredo Chilli Prawn Pasta ni harus dicuba. Makanan western yang lain di sini juga sedap-sedap belaka. Boleh order dari GrabFood hari ni juga.

5. Cendol BMI 1985

Aqil mengibaratkan cendol di Cendol BMI 1985 ni sebagai Raja Cendol. Macam-macam jenis cendol ada. Ada cendol pulut, cendol durian, cendol kacang dan juga paling viral sekali, cendol Biscoff. Pernah cuba? Order sahaja dari GrabFood. Dapat rasa cendol viral.

Patutlah Aqil kata Cendol BMI 1985 ni Raja Cendol. Bukan sahaja cendol asli yang ada. Ia juga mengikut selera orang muda dengan memperkenalkan cendol Biscoff. Biscoff ni adalah kegilaan remaja masakini.

Kalau rasa-rasa rambang mata dengan makanan di sini, order sejenis hari ini, kemudian sejenis esok. Kalau malas nak dine-in, abang GrabFood boleh tolong hantarkan. Dapat diskaun 50% dengan setiap pesanan. Jadi, kalau order hari-hari, besar juga penjimatan tu!