Jaya Diri dengan Kerjaya Rakan-Penghantar (Motorsikal & Kereta), Anda Mampu Menyelamatkan Dunia!
Ayuh, Superman, dengar laungan perut dan seruan di hati! Semua insan yang lapar ataupun cemas nak hantar barang kini memerlukan anda. Jasamu bakal diingati.
01
Tampil Secara Pakar
Layan pelanggan dengan bersopan santun, seperti mana anda ingin dilayani.
Semangat Berkhidmat
Berimej Profesional
Berpakaian kemas, misalnya seluar panjang, baju GrabFood dan GrabExpress (sekiranya ada) dan kasut bertutup.
Berhemah Tinggi
Jangan kongsi maklumat dan jangan menghubungi peniaga atau pelanggan selepas penghantaran.
Saling Menghormati
Hargailah keunikan setiap insan dalam masyarakat kita yang berwarna-warni.
Mengikut Pesanan
Utamakan permintaan pesanan peniaga khususnya piawaian makanan.
02
Pandu Cermat.
Jiwa Selamat.
Menghantar bungkusan makanan atau barangan kepada pelanggan dengan selamat sebaik mungkin!
Pandu Cermat
Pasang topi dan tali pinggang keledar setiap masa
Jangan melepasi had laju
Berhenti di lampu merah
Rehat ketika letih
Jangan hantar barang bawah pengaruh dadah atau arak
Guna penyepit handset
Jangan mesej ketika di jalan raya
Guna peranti ‘handsfree’ jika perlu jawab panggilan
03
Pengendalian Bungkusan
Pastikan beg sentiasa ditutup dan zip ditarik sepenuhnya. Periksa ketika memungut bungkusan untuk memastikan segala pesanan dibungkus.
Bagi Barangan
Hantar bungkusan mengikut pesanan peniaga/pelanggan.
Sampaikan segala bungkusan dalam keadaan baik.
Bagi Makanan
Patuhi piawaian makanan yang berlainan, jangan usik makanan.
Asingkan makanan halal dan tidak halal, pastikan makanan sentiasa tertutup.
04
Mematuhi
Peraturan
Undang-undang digaris untuk melindungi anda. Selalu ingati untuk ketenangan fikiran!
Garis Panduan
Peraturan melindungi kepentingan anda.
Asalkan mematuhi peraturan, bawa bertenang.
Hantar cepat, tapi pandu cermat, agar jiwa selamat!
Rakan-Penghantar (Motosikal dan Kereta) perlu mempunyai lesen.
Selesaikan semua urusan dengan diri sendiri termasuk: menunggang motorsikal/memandu kereta, mengambil barangan daripada peniaga, dan menyampai kepada pelanggan.
Jangan mengatur penghantaran ekstra di luar kawalan aplikasi mudah alih ini.
05
Hargailah Keharmonian
Keharmonian masyarakat memerlukan penyumbangan anda.
Prinsip Tingkah Laku
Kita tidak bertoleransi dengan sebarang gangguan atau keganasan, tidak kira fizikal, verbal mahupun seksual dalam apa-apa jua situasi.
Jika situasi tidak terkawal, sila elak daripada menyelesaikan isu atau menjadi batu api dan memviralkan isu.
Laporkan isu konflik kepada kami secepat mungkin, penyelesaian yang munasabah akan dilaksanakan untuk menjamin keselamatan semua pihak.
Jangan melakukan kesalahan di sisi undang-undang, pesalah akan didakwa bawah kehakiman undang-undang.
06
Hantar Secara Beretika
Dasar ketat akan dikenakan pada aktiviti penipuan seperti berikut.
Sila Elak
Menerima pesanan, tetapi tidak bertekad untuk menyelesaikan pesanan.
Menyampaikan sebahagian daripada pesanan.
Melengkapkan pesanan tanpa menghantarnya kepada penerima.
Menangguh masa penghantaran dengan sengaja.
Menuntut yuran atau caj lebih.
Membuka akaun palsu untuk tujuan penipuan.
Sengaja menerima atau melengkapkan penghantaran palsu.
Memasang aplikasi yang tidak dibenarkan untuk mengganggu peruntukan pesanan.
Membenarkan orang lain menggunakan akaun anda.
Penerangan
Panduan Komuniti ini digaris demi kepentingan terbaik bagi Rakan-Penghantar (Motorsikal dan Kereta)
Kegagalan mematuhi garis panduan akan menyebabkan akaun anda digantung. Selain itu, kami boleh melaporkan apa-apa jua penyalahgunaan yang serius kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Garis panduan yang disenaraikan mungkin tidak lengkap. Kami akan menilai dan bertindak terhadap semua kejadian yang dilaporkan berdasarkan prinsip kes demi kes.