Click here for English version
Kami menghargai usaha anda untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada para penumpang anda dan kami berharap untuk meningkatkan pengalaman yang mengalakkan di sekitar Klang Valley dan Negeri Sembilan. Untuk membina budaya perkhidmatan yang cemerlang, berikut adalah beberapa tip untuk meningkatkan rating anda.
1. Pada setiap masa:
- Jaga keadaan kereta anda dan juga pastikan ia bersih dari segala kotoran dan bau
- Jaga cara pemakaian anda dengan mengikut tatasusila
2. Pada masa pick-up:
- Sila tunjuk hormat dan memanggil penumpang mengikut namanya. (“Selamat pagi, En Tan. Selamat datang ke Grab.”)
- Ini akan memastikan anda tidak mengambil penumpang yang salah.
- Pastikan destinasi
- Mengingatkan penumpang untuk memakai tali keledar mereka.
Pro-Tip:
- Berilah bantuan kepada penumpang yang menggunakan kerusi roda (OKU), kerusi bayi, atau mengangkut bagasi-bagasi yang berat.
- Jika destinasi anda ke lapangan terbang, sila mengingatkan penumpang untuk jangan lupa membawa pasport mereka.
3. Dalam perjalanan
- Memandu dengan selamat dan cermat
- Elakkan daripada membuat hentian mengejutkan
- Elakkan dari menggunakan telefon bimbit sambil memandu
- Sila tanya penumpang jika penghawa dingin perlu dinaikkan atau direndahkan
- Elakkan dari memasang radio kuat-kuat
- Pastikan perbualan anda positif dan profesional
4. Pada masa drop-off:
- Berhenti kereta anda di lokasi yang selamat dan senang untuk penumpang menurun, terutama sekali pada waktu hujan atau kesesakan lalulintas
- Ucap terima kasih kepada penumpang untuk perjalanan
- Ingatkan penumpang anda untuk mengambil barang-barang mereka sebelum menurun dari kereta.
- Nasihatkan penumpang tentang jumlah tambang dan tambahan harga tol (ini dapat mengelakkan perbalahan tambang)
Pro-tips:
- Berilah bantuan kepada penumpang yang menggunakan kerusi roda (OKU), kerusi bayi, atau mengangkut bagasi-bagasi yang berat.
Itu sahaja! Kami harap anda berjaya di jalan raya dan mendapat Star Rating yang tertinggi.