Click here for the English version
Pada Disember 2018, kami telah mengadakan beberapa sesi Teh Tarik di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Melaka dan Lembah Klang.
Kami berasa bangga untuk mengenali rakan-pemandu sekalian dan mengetahui kebimbangan dan maklum balas daripada komuniti. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih tentang topik yang dibincang.
Komitmen Kami untuk Menambahbaik Pengalaman Memandu Anda
Penambahbaikan di kawasan pick up
Kami memahami bahawa ketidaktepatan lokasi pick up akan menjejaskan pengalaman memandu anda. Sehingga kini, kami telah menambahkan lebih lokasi pick up untuk mengurangkan bilangan tempahan lokasi pin yang anda akan dapat. Kami juga sedang mendidik para penumpang bahawa rakan-pemandu dilarang menunggu di sesetengah kawasan.
Walau bagaimanapun, kami mengaku bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan dan anda boleh membantu kami dengan melaporkan isu lokasi pick up melalui artikel Pusat Bantuan ini.
KLIA Queue
Kami sedang berusaha untuk memperbaiki queue yang akan mengutamakan rakan-pemandu yang telah melengkapkan trip jarak pendek. Sila nantikan berita terkini dari masa ke masa.
GrabShare
Tindakan akan diambil terhadap penumpang yang membatalkan tempahan mereka apabila mengetahui bahawa mereka akan berkongsi kereta. Kami juga akan memberi pampasan untuk masa dan usaha anda sekiranya penumpang membatal tempahan lewat.
Komitmen Kami untuk Sokongan Berterusan
Driver Representative Committee
Kami juga telah melancarkan Grab Driver Representative Committee (DRC) di sesetengah bandar. DRC yang dilantik akan memaklumkan pandangan anda kepada pihak Grab. Untuk maklumat lanjut tentang DRC di bandar anda dan cara untuk menghubungi mereka, layari sini.
Komitmen Kami terhadap Keselamatan dan Kesaksamaan untuk Semua
Butang Kongsi Lokasi Saya
Keselamatan sentiasa adalah keutamaan Grab. Oleh itu, kami sentiasa menambahbaik ciri-ciri sedia ada untuk memastikan ketenteraman anda apabila memandu dengan kami.
Dengan butang baru Kongsi Lokasi Saya, anda boleh berkongsi lokasi masa sebenar dengan Hubungan Kecemasan. Untuk situasi yang memerlukan anda menghubungi pihak berkuasa dengan serta-merta, anda boleh gunakan pilihan “Hubungi Polis”.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web ciri ini di sini.
Penilaian Positif akan diambil kira
Kami sentiasa mengambil kira penilaian positif rakan-pemandu sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin. Di samping itu, penilaian pemandu memainkan peranan yang penting untuk menentukan status bulanan GrabAllStars anda. Lebih baik status anda, lebih baik ganjaran yang diterima.
Syarat Ketat untuk GrabTaxi
Kami mengaku sebelum ini, sesetengah daripada anda mungkin mempunyai pengalaman yang kurang memuaskan dalam perjalanan dengan teksi.
Jangan bimbang, kami telah mengemaskini proses kami dan akan terus berusaha untuk memastikan mereka mengekalkan kualiti sama yang diharapkan daripada rakan-pemandu GrabCar.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.