Jom raya dengan motor baru atau wang tunai! 🏍️💸

[KEMPEN SUDAH TAMAT]

Kempen Rider Raya Bergaya telah pun tamat. Tahniah kepada pemenang-pemenang kami:

 

HADIAH UTAMA – Yamaha MT-25 bernilai RM22,000 yang ditandatangani Hafizh Syahrin.

 

HADIAH KEDUA – RM10,000 dalam Bitcoin atau tunai

Tahniah kepada semua pemenang! Untuk para pemenang hadiah ketiga dan keempat, anda akan menerima mesej dalam Driver App selepas wang tersebut dikreditkan ke dalam akaun anda.

 


Nak raya penuh bergaya? Bermula 24 April – 31 Mei 2021, rujuk atau jadilah Rakan-Penghantar Grab untuk berpeluang memenangi:

Tunggu apa lagi? Daftar atau rujuk sekarang!

Para pemenang akan diumumkan di Rumah Terbuka Online Grab pada 5 Jun 2021.

Rakan-Penghantar sedia ada perlu memastikan referral Rakan-Penghantar baru mengaktifkan diri dan mengambil beg penghantarannya. Lebih banyak referral/rujukan atau job dengan Grab, lebih cerahlah peluang anda untuk menang!

Tunggu apa lagi, bro? Jom buat referral atau jadi Rakan-Penghantar Grab hari ini juga. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan anda dan patuhi peraturan jalan raya. Semoga berjaya!*

*Tertakluk pada terma dan syarat di: grb.to/RiderRayaBergaya.
*Gambar hadiah adalah sebagai ilustrasi sahaja, warna motosikal yang sebenar mungkin berbeza.
*Peraduan ini dibuka kepada Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di Lembah Klang sahaja.

 

Nak jadi Rakan-Penghantar?

Nak rujuk kawan? Lihat cara merujuk di bawah

Rujuk rakan dan ahli keluarga kepada Grab dari 24 April – 31 Mei 2021. Anda perlu buat sekurang-kurangnya 2 rujukan untuk mendapat 1 entri. Ada dua cara untuk rujuk:

Cara 1: 

  1. Tekan pautan ini di aplikasi Grab Driver anda (Pautan ini berfungsi di telefon bimbit sahaja) 
  2. Isikan maklumat peribadi rakan yang anda rujuk
  3. Hantarkan rujukan tersebut.

Cara 2:

  1. Pastikan individu yang anda ingin rujuk mendaftar di https://register.grab.com/my dan memasukkan nombor telefon anda yang berdaftar dengan Grab (dalam format 601xxxxxxxx) di bahagian “Referral Code”. Ini sangat penting untuk melayakkan referral anda mendapat entri!
  2. Pastikan rakan-penghantar yang dirujuk melengkapkan latihan dan kuiz.
  3. Setelah mereka diaktifkan, mereka akan menerima Borang Deklarasi dalam tempoh masa 7 hari, melalui mesej dalam aplikasi untuk mengesahkan referral anda!

Anda perlu buat sekurang-kurangnya 2 rujukan untuk mendapat 1 entri.

 

Terma dan Syarat

  1. Peraduan ‘Rider Raya Bergaya’ dianjurkan oleh Grab Malaysia (“Penganjur”) dan berlangsung dari 24 April 2021 hingga 31 Mei 2021, 11:59 mlm. (“tempoh peraduan”).
  2. Peraduan ini merupakan pemberian hadiah-hadiah percuma berikut (“hadiah-hadiah”) kepada Rakan-Penghantar atau Rakan-Pemandu yang memenuhi setiap syarat peraduan (“peraduan”). 
    1. Hadiah Utama x 1 pemenang: Sebuah motosikal Yamaha MT-25 baru yang ditandatangani oleh atlet selebriti Hafizh Syahrin. 
    2. Hadiah Kedua x 5 pemenang: RM10,000 dalam bentuk Bitcoin atau tunai (untuk dipilih oleh pemenang, tunai akan dikreditkan ke dalam Credit Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang). 
    3. Hadiah Ketiga x 10 pemenang: RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
    4. Hadiah Keempat x 150 pemenang: RM500 yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
  3. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk lain ataupun dipindah milik kepada pihak ketiga. 
  4. Terdapat tiga (3) kategori peserta yang boleh menyertai peraduan: 
    1. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia semasa tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar baru”). 
    2. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar sedia ada”). 
    3. Rakan-Pemandu yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Pemandu sedia ada”). 
  5. Syarat-syarat untuk mendapat kemasukan ke dalam peraduan adalah seperti berikut. Sepanjang tempoh peraduan: 
    1. Setiap sepuluh (10) penghantaran Grab yang berjaya oleh Rakan-Penghantar baru, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Contohnya: 25 penghantaran akan mendapat 2 entri. 
    2. Setiap dua (2) rujukan bagi rider baru yang berjaya diaktifkan oleh Rakan-Penghantar sedia ada, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Rakan-Penghantar dikira sebagai aktif sebaik sahaja mereka mengambil beg penghantaran mereka secara fizikal. 
    3. Setiap dua (2) rujukan bagi rider atau pemandu baru (dengan mana-mana kombinasi) yang berjaya diaktifkan oleh Rakan-Pemandu sedia ada, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Rakan-Pemandu dikira sebagai aktif sebaik sahaja mereka memiliki lesen PSV dan diaktifkan dalam aplikasi Pemandu Grab. 
  6. Peraduan ini dibuka kepada Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di Lembah Klang sahaja.
  7. Peraduan ini tidak terbuka kepada Alpha Grab.
  8. Sejumlah 166 orang pemenang akan dipilih melalui kaedah berikut: 
    1. 332 entri akan dicabut daripada jumlah entri yang terkumpul (“finalis”). 
    2. Pada 2 Jun 2021, para finalis akan menerima satu mesej inbox daripada Grab yang mengandungi satu borang Google yang perlu diisi dan dihantar dalam masa 24 jam. Borang tersebut turut mengandungi soalan berdasarkan pengetahuan dan satu slogan kreatif, “Saya sepatutnya memenangi hadiah itu kerana…” (jawapan mestilah dalam 15 patah perkataan ataupun kurang). 
    3. Para finalis yang menjawab soalan berdasarkan pengetahuan dengan betul dan memiliki slogan yang paling kreatif sepertimana yang dinilai oleh pihak Penganjur, akan ditentukan sebagai pemenang. 
  9. Para pemenang akan diumumkan dan dihubungi pada 5 Jun 2021 di mana butiran tentang cara-cara untuk mengambil hadiah akan diterangkan secara terperinci. 
  10. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah bersetuju untuk membenarkan Grab mengumumkan nama para pemenang dan/atau menyiarkan foto pemenang sebagai pemenang hadiah di dalam pengumuman pemenang kami. 
  11. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah memberikan tanda bahawa anda telah pun membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini. 
  12. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan dan diserahkan kepada pemenang berikutnya jika peserta tidak dapat mematuhi syarat-syarat ini. 
  13. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan jika pemenang tidak dapat dihubungi oleh wakil Grab sebelum 19 Jun 2021. 
  14. Peraduan ini terbuka kepada para Rakan-Penghantar dan Rakan-Pemandu Grab di Klang Valley sahaja. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: Semua pekerja (tidak kira sama ada secara tetap ataupun kontrak bertempoh tetap) Penganjur dan ahli-ahli keluarga mereka yang terdekat. 
  15. Penganjur/Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta atau menolak mana-mana peserta yang dianggap sebagai tidak layak (sama ada berdasarkan Terma dan Syarat ini atau jika peserta didapati terlibat dalam perlakuan yang dirasakan tidak sesuai dan tidak boleh diterima oleh Penganjur). 
  16. Grab berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa. 
  17. Keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan oleh anda atau dakwaan daripada pihak ketiga atau kehilangan dalam segala bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian harta benda, sesuatu yang tidak memenuhi jangkaan, kesan yang membebankan, kerosakan secara tidak langsung, secara khusus, secara kebetulan, atau secara turutan atau bagi kerosakan-kerosakan yang lain dan sebarang dakwaan dalam segala bentuk, termasuk secara langsung, secara tidak langsung, oleh pihak ketiga, secara turutan atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau mempunyai kaitan dengan Peraduan ini. 

Terma Penggunaan Bagi Pemberian Hadiah

  1. Hadiah Utama: Sebuah (1 unit) motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani oleh atlet selebriti Hafizh Syahrin. 
    1. Kenderaan tersebut akan dihantar kepada penerima sebelum 30 Jun 2021 dan tertakluk pada jangka masa yang diperlukan untuk menghantar kenderaan ke lokasi penerima. 
    2. Warna kenderaan tidak dapat dijamin kerana ia tertakluk pada stok yang boleh didapati. 
    3. Penerima perlu membayar kos cukai jalan, insurans dan pendaftaran kenderaan tersebut. 
  2. Hadiah Kedua: RM10,000 dalam bentuk Bitcoin atau tunai. 
    1. Penerima boleh memilih sama ada untuk menerima hadiah dalam nilai Bitcoin ataupun tunai. Penerima perlu membuat pilihan mengikut garis masa yang dijelaskan di dalam pengumuman pemenang. 
    2. Jika penerima memilih tunai, amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab miliknya sebelum 31 Jun 2021. 
    3. Jika penerima memilih nilai Bitcoin:
      1. Penerima perlu mendaftar sebagai pengguna Luno, sebuah pengendali Bursa Aset Digital (Digital Asset Exchanges atau “DAX”) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan memenuhi kriteria kelayakan mengikut Terma Penggunaan Luno. 
      2. Setelah akaun penerima dengan pengendali DAX berjaya diaktifkan, Penganjur akan menyediakan satu kod Bitcoin (“Kod”) kepada penerima untuk menebus hadiah di dalam aplikasi. Kod tersebut hendaklah ditebus sebelum 5 Julai 2021. 
      3. Penerima mestilah berada di Malaysia dan mendaftar dengan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. 
      4. Kod tersebut tidak boleh dipindah milik, dijual atau diserahkan kepada orang lain dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau mata wang crypto yang lain. 
  3. Hadiah Ketiga: amaun RM1,000 akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab milik penerima sebelum 31 Jun 2021. 
  4. Hadiah Keempat: amaun RM500 akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab milik penerima sebelum 31 Jun 2021.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.