Click here for the English version
Tiada sesiapa yang sempurna, dan kadang-kadang anda mungkin menerima penilaian yang kurang daripada apa yang anda harapkan. Jadi untuk membuat perkara lebih baik untuk anda, kami telah membuat beberapa peningkatan baharu pada sistem penilaian.
Para penumpang kini akan diminta menilai dan memberi maklum balas pada akhir perjalanan mereka.
Inilah yang anda akan dapati pada sistem penilaian kami yang lebih baik:
Maklum balas yang jelas mengenai perjalanan yang dinilai 4 bintang atau kurang
Para penumpang kini akan diminta memberi maklum balas mengenai semua perjalanan yang diberi penilaian yang kurang memuaskan. Anda akan mendapat idea yang lebih baik tentang bagaimana untuk memperbaiki dan menyediakan servis yang terbaik.
Sekiranya penilaian rendah yang diberi oleh penumpang berkaitan dengan aplikasi Grab, penilaian pemandu anda tidak akan terjejas.
Dapatkan tip untuk servis yang baik
Sekarang, para penumpang boleh menunjukkan penghargaan mereka untuk servis hebat anda dengan memberikan tip pada akhir perjalanan mereka. Oleh itu, pastikan anda melakukan yang terbaik untuk menerima penilaian yang baik (dan tip).
Jejaki tip anda di bahagian riwayat dalam Aplikasi Pemandu Grab anda
Tip akan ditunjukkan dalam penyata pembayaran anda, aktiviti urus niaga, dan ringkasan pendapatan harian / mingguan.
Kemas kini aplikasi pemandu Grab anda sekarang untuk menikmati penambahbaikkan baru ini!
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.