Click here for the English Version
Keselamatan jalan raya adalah keutamaan kami di Grab – dan komuniti kami mempunyai lebih banyak pengalaman di jalan raya daripada kebanyakan orang! Jadi kami fikir, Siapa lebih baik untuk minta petua keselamatan jalan raya dan penyelenggaraan kenderaan daripada Rakan Grab?Kami telah siarkan soal selidik topik tersebut di Rakan Grab dan Rakan Penghantar Grab dan menerima banyak maklum balas yang berguna! Di sini kami menyenaraikan beberapa tip untuk dikongsi dengan semua:
Periksalah kenderaan anda setiap hari
Sama ada anda rakan pemandu atau rakan penghantarjadikanlah ia satu amalan untuk memastikan kenderaan anda luaran dan dalaman berada di dalam keadaan baik.
Perkara-perkara yang disarankan:
• Semua lampu anda berfungsi dengan baik
• Keadaan cermin-cermin keselamatan bersesuaian dengan posisinya
• Tayar kenderaan kesemuanya dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Keadaan tayar adalah salah satu faktor utama memastikan keselamatan di jalan raya. Pastikan ia tidak kekurangan tekanan atau botak. Sekiranya terjadi, sila tambahkan angin kepada tekanan yang sesuai atau menukar sekiranya perlu.

Dikongsi oleh Mohd Hakimi RazakRakan-Penghantar
Sediakan kit alat kenderaan/ kit pertolongan cemas
Kit alat kenderaan amat berguna sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada kenderaan anda. Kit pertolongan cemas pula penting sekiranya ada kecemasan dalam perjalanan anda. Ada juga kit-kit tersebut yang boleh muat di dalam kompartmen barang untuk kebanyakan motosikal, jadi penunggang pun boleh siap sedia jika kecemasan berlaku.
Antara alat-alat kenderaan yang harus ada untuk pemandu dan penghantar adalah:
• Jumper bateri kereta
• Sepana
• Tanda kecemasan reflektif
Pastikan anda pilih alat-alat yang sesuai dengan kenderaan anda!

Dikongsi oleh Amin KhairudinRakan-Penghantar
Kurangkan gangguan semasa dalam perjalanan
Jangan mengunakan telefon semasa memandu kenderaan anda. Sekiranya anda menggunakan GPS, letakkan telefon anda di tempat pemegang telefon.
Memandu sambil menggunakan telefon bimbit meningkatkan kebarangkalian kemalangan berlaku sebanyak 3.6 kali.

Dikongsi oleh Arjunan VellayanRakan-Pemandu
Siap sedia untuk keadaan cuaca buruk
Hujan lebat
Penglihatan anda akan terjejas semasa hujan lebat, jadi pasanglah lampu hadapan anda dan jaga jarak selamat dengan kenderaan lain dalam situasi ini.
Rakan penghantar patut menyediakan baju hujan, sekiranya hujan lebat berlaku. Sila berhenti di kawasan berbumbung yang selamat daripada lalu lintas sehingga hujan surut. Sebagai rakan pemandu, anda dinasihatkan untuk menukar wiper cermin kereta setiap 6 bulan.
Keadaan terlalu terang
Pada hari yang amat terang,memakai cermin mata hitam bagi pemandu kereta dan kacamata goggle (dengan perlindungan UV) bagi penunggang motosikal akan membantu anda lihat lebih baik.

Servis kenderaan anda mengikut waktu
Pastikan anda menghantar kenderaan anda ke mekanik terlatih untuk servis yang sempurna. Ingatkan diri anda tentang tarikh dan pengiraan jarak perjalanan servis berikutnya untuk penyelenggaraan terbaik.
Selain itu, periksa tahap minyak enjin anda dan pastikan ianya tidak berkurangan atau melebihi paras yang ditentukan.
Terdapat beberapa tawaran berkenaan minyak enjin dan pakej servis kenderaan di GrabBenefits . Jangan ketinggalan untuk memanfaatkannya!

Dikongsi oleh Muhd LuqmanRakan-Penghantar
Previous
Next
Terima kasih kepada semua Rakan Grab yang telah berkongsi tip-tip keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan!
Jika anda masih belum menjadi ahli komuniti kami, sertai kami di Rakan Grab atau Rakan Penghantar Grab!

Kindly be reminded that all members of the Grab community are required to follow the Code of Conduct and Terms of Services.