Nikmati rebat petrol sehingga RM37 apabila anda berbelanja di stesen PETRONAS!
Click here for the English version
Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk mengurangkan beban kos petrol anda, kami telah bekerjasama dengan PETRONAS untuk memberikan rebat petrol melalui Program Grab Mesra Fuel Savers.
Dari 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2022, rakan-pemandu dan rakan-penghantar berstatus Silver, Gold & Platinum di seluruh negara akan menerima mata ganjaran Mesra tambahan yang boleh digunakan sebagai rebat petrol, dengan berbelanja* di mana-mana stesen PETRONAS!
*Dapatkan mata ganjaran Mesra dengan menggunakan Kad Mesra digital dalam aplikasi Setel atau meleretkan Kad Mesra fizikal anda.
Bagaimana cara program ini berfungsi?
Capai jumlah perbelanjaan bulanan minimum dengan mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra untuk menerima mata ganjaran Mesra di samping mata ganjaran 3x biasa pelanggan PETRONAS terima.
Setelah anda capai jumlah perbelanjaan minimum, mata ganjaran Mesra tambahan akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra anda pada bulan seterusnya dan anda boleh guna mata ini sebagai rebat petrol
Berikut adalah struktur rebat:
Untuk terma & syarat, tekan di sini.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke program ini*?
- Tekan sini untuk dapatkan Kad Mesra digital melalui Setel (jika anda belum mendapatkannya).
- Kunjungi bahagian GrabBenefits dalam aplikasi pemandu anda.
- Cari ‘Grab Fuel Savers Programme’.
- Tekan ‘Opt-in’ (anda hanya perlu opt in sekali sahaja).
- Masukkan nombor Kad Mesra.
- Tekan ‘Hantar’.
*Jika anda telah opt in sebelum ini, anda tidak perlu lakukannya lagi. Belanja di stesen PETRONAS dan nikmati rebat petrol!
Soalan Lazim
1. Siapakah yang layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab?
Semua rakan-pemandu & rakan-penghantar berstatus Silver, Gold dan Platinum layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab. Anda cuma perlu berbelanja jumlah minimum bulanan RM100, RM450 atau RM850 untuk layak menerima mata ganjaran Mesra tambahan!
2. Saya tidak mempunyai kad Mesra. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kad ini?
Anda boleh mendapatkan Kad Mesra digital anda dengan memuat turun dan mendaftar akaun dalam aplikasi Setel (tekan sini untuk muat turun). Lengkapkan pendaftaran anda melalui aplikasi Setel dan Kad Mesra digital baru akan dikeluarkan secara automatik ke akaun Setel anda.
3. Jika saya mempunyai Kad Mesra fizikal, bagaimanakah cara untuk menghubungkan Kad Mesra saya dalam aplikasi Setel dan memindahkan mata ganjaran Mesra saya?
Hubungi Khidmat Pelanggan Setel melalui Sembang Langsung dalam aplikasi Setel untuk mendapatkan bantuan bagi menghubungkan Kad Mesra fizikal dan memindahkan mata ganjaran Mesra anda.
Namun, sila harap maklum bahawa anda tidak lagi akan dapat menggunakan Kad Mesra fizikal setelah anda memindahkan mata ganjaran Mesra.
4. Apakah yang saya perlu lakukan untuk layak mendapatkan mata ganjaran tambahan?
Untuk layak, anda boleh memilih untuk menggunakan Kad Mesra digital dalam aplikasi Setel, ATAU meleretkan Kad Mesra fizikal setiap kali anda mengisi atau berbelanja di Kedai Mesra.
Sekiranya anda capai jumlah bulanan minimum RM100, RM450 atau RM850, mata ganjaran tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam kad Mesra anda pada bulan seterusnya. Setelah dikreditkan,anda boleh gunakan mata ini sebagai rebat petrol apabila anda mengisi minyak.
5. Adakah saya akan mendapat mata ganjaran untuk perbelanjaan di kedai Mesra?
Ya, pembelian barangan lain di Kedai Mesra KECUALI semua pembelian tambah nilai, rokok dan barangan lain yang tidak layak untuk mata ganjaran.
6. Adakah semua stesen PETRONAS terlibat dalam program ini?
Ya, semua stesen PETRONAS di seluruh negara terlibat dengan program ini.
7. Saya adalah pengguna Setel. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menghubungkan kad Mesra fizikal dalam aplikasi Setel apabila saya membayar menggunakan aplikasi Setel di stesen minyak?
Dukacita dimaklumkan bahawa sebarang pembelian/perbelanjaan anda TIDAK akan direkodkan untuk perbelanjaan bulanan anda.
Untuk menghubungkan Kad Mesra fizikal bagi menikmati sebarang ganjaran di dalam aplikasi Setel, sila hubungi Khidmat Pelanggan Setel melalui Sembang Langsung di dalam aplikasi Setel anda. Khidmat Pelanggan Setel akan membantu anda untuk menghubungkan Kad Mesra fizikal anda.
8. Apa yang akan berlaku sekiranya saya terlupa untuk meleretkan Kad Mesra fizikal saya sekarang jika saya membayar melalui kad tunai / kad kredit / kad debit di stesen?
Dukacita dimaklumkan bahawa perbelanjaan tersebut TIDAK akan direkodkan untuk perbelanjaan bulanan. Hubungkan Kad Mesra fizikal anda atau daftar Kad Mesra digital dalam aplikasi Setel untuk menikmati faedah tersebut.
9. Apa yang akan berlaku sekiranya saya meleretkan Kad Mesra fizikal saya sekarang dan membayar melalui wang tunai / kad kredit / kad debit di stesen?
Perbelanjaan tersebut akan diterima bagi perbelanjaan bulanan. Untuk menikmati 3x mata ganjaran Mesra bagi setiap pembelian dan lebih banyak faedah, muat turun dan daftar akaun dalam aplikasi Setel dan hubungkan Kad Mesra fizikal anda. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Mesra fizikal, anda akan diberikan Kad Mesra digital secara automatik semasa anda mendaftar dengan Setel.
10. Bilakah mata ganjaran bonus akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra saya?
Mata ganjaran yang diterima akan dikreditkan pada bulan yang seterusnya.
11. Di mana saya boleh memeriksa mata ganjaran Mesra bonus yang saya peroleh?
Jika anda adalah seorang pengguna Setel:
- Tekan tab ‘Ganjaran‘ dalam aplikasi Setel.
- Tekan bahagian ‘Lencana‘.
- Tekan pada lencana Program Grab Mesra Fuel Savers dan anda boleh melihat mata ganjaran Mesra bonus anda!
Untuk ahli Kad Mesra fizikal yang tidak mempunyai aplikasi Setel:
- Tekan sini untuk muat turun aplikasi Setel.
- Hubungi Khidmat Pelanggan Setel melalui Sembang Langsung dalam aplikasi Setel untuk menghubungkan Kad Mesra fizikal dan memindahkan mata ganjaran Mesra anda.
- Setelah anda melengkapkan langkah 1 & 2, tekan tab ‘Ganjaran‘ dalam aplikasi Setel.
- Tekan bahagian ‘Lencana‘.
- Tekan pada lencana Program Grab Mesra Fuel Savers dan anda boleh melihat mata ganjaran Mesra bonus anda!
12. Jika saya opt in pada 10 Januari, dari tempoh bilakah perbelanjaan saya akan mula dikira?
Perbelanjaan anda akan dikira bermula dari 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari. Jika anda mencapai jumlah perbelanjaan minimum bulanan pada bulan Januari, anda akan menerima mata ganjaran bonus anda pada bulan Februari.
13. Kad Mesra fizikal saya telah hilang dan saya tidak menghubungkannya dalam aplikasi Setel. Bagaimana cara untuk mendapatkan Kad Mesra baru?
Sila lengkapkan langkah-langkah berikut:
- Laporkan hal ini di Mesralink (1 300 22 8888) dalam masa 48 jam dari tarikh hilang.
- Muat turun aplikasi Setel dan mendapatkan Kad Mesra digital baru anda dengan melengkapkan pendaftaran anda di Setel.
- Hantarkan nombor Kad Mesra digital baru anda melalui Pusat Bantuan (tekan sini).
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.