Semua yang anda perlu tahu tentang paparan baharu aplikasi Pemandu Grab anda
Pengalaman baharu aplikasi pemandu Grab!
Hello rakan-pemandu,
Dua bulan lalu, kami mengubah skrin utama anda untuk memberikan anda paparan yang lebih kemas dan mudah untuk dikendalikan. Kami amat teruja untuk memaklumkan bahawa kami telah mereka bentuk semula keseluruhannya bagi ‘Tugasan Seharian’ anda – ini bermakna semua skrin yang muncul pada aplikasi anda semasa anda dalam transit, atau dalam proses perjalanan atau penghantaran, mempunyai wajah yang baharu.
Mengapa ubah? Kemas kini ini dilakukan berdasarkan penemuan daripada maklum balas anda serta beberapa bulan penyelidikan, untuk memberikan tampilan yang lebih kemas dan makin mudah. Semuanya untuk melancarkan lagi tugasan harian anda semasa menerima dan menyelesaikan tempahan.
Apa yang anda boleh menantikan dengan perubahan baharu ini?
Lebih banyak ruang peta, apabila anda ingin fokus di jalan raya.
Semua ciri-ciri penting ditempatkan secara berpusat untuk akses pantas.
Semua maklumat penting untuk tempahan anda di satu tempat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini aplikasi, sila tonton tutorial di GrabAcademy
Kami ingin memperkenalkan pengalaman baru kepada anda. Mari ikuti ringkasan latihan yang disediakan, cuma 5 minit sahaja. Anda akan selesai sebelum anda menghabiskan sarapan pagi, atau sebelum mi segera anda masak. Sepantas itu!
Pastikan anda menggunakan aplikasi Grab Driver terkini untuk menonton video tutorial dan juga untuk mengalami paparan baharu aplikasi ini. Kemas kini aplikasi anda di sini (ios | Android)