Panduan Pendaftaran MyPuspakom

Click here for the English version

Kami telah menyediakan panduan ini untuk membantu rakan-pemandu yang ingin membuat temujanji pemeriksaan kenderaan dengan Puspakom atas talian.

Bahagian 1: Pendaftaran Akaun MyPuspakom

Langkah 1

Tekan pada ‘Daftar Masuk Kali Pertama’

Langkah 2 – Pendaftaran

Pilih jenis akaun ‘Perdagangan / Lain-Lain’, kemudian pilih ‘Enterprise’

Langkah 3 – Maklumat akaun

Tukar Maklumat Syarikat ke Maklumat Pemilik Kenderaan

Nama Syarikat → Nama Pemilik

No. Pendaftaran Syarikat → No. Kad Pengenalan Pemilik

Langkah 4 – Dokumen yang diperlukan

Perakuan Pendaftaran → Nama Pemilik

Surat Wakil Kuasa → Salinan Kad Pendaftaran Kereta yang telah diperakui ATAU salinan Sijil Pemilikan Kenderaan yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ

Tekan ‘Daftar’. Anda akan dimaklumkan melalui emel jika akaun anda telah disahkan untuk membuat temujanji pemeriksaan.


Bahagian 2: Temujanji Pemeriksaan Puspakom

Langkah 1

Daftar masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah disahkan.

Langkah 2

Pilih ‘Temujanji Baru’

Langkah 3 – Lengkapkan maklumat kenderaan anda

Tip: Sila rujuk kepada kad pendaftaran atau sijil pemilikan kenderaan untuk butiran yang diperlukan

Kategori Kenderaan: Commercial*

Jenis Kenderaan: Light

Kelas Kegunaan: Persendirian e-hailing

*Kenderaan anda masih dikelaskan sebagai kenderaan persendirian, kategori di sini adalah untuk pendaftaran sahaja.

Langkah 4

Pilih ‘Berkala Pertama e-hailing’

Langkah 5

Pilih ‘Negeri’ dan ‘Tarikh’ yang inginkan untuk pemeriksaan. Kemudian, pilih tarikh and lokasi yang masih tersedia.

Langkah 6

Pilih slot masa yang anda inginkan

Langkah 7

Lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan.

Langkah 8 – Sahkan butiran temujanji anda

Anda hanya perlu membawa salah satu dokumen berikut:

  • Kad Pendaftaran Kereta yang asal
  • Sijil Pemilikan Kenderaan yang asal
  • Salinan Kad Pendaftaran Kereta yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ

Langkah 9

Ringkasan jumlah bayaran akan dipaparkan di sini.

Langkah 10 – Pembayaran

Buat bayaran atas talian melalui kad kredit / kad debit / FPX. Sila bawa Slip Pengesahan Temujanji semasa pemeriksaan, salinan dicetak atau elektronik boleh diterima.

Imbas kod QR pada terminal pengimbas

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.