Click here for English version
Seperti yang dimaklumkan, mulai 12 Julai 2019 peraturan e-hailing akan berkuatkuasa. Peraturan baru ini mempunyai beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi oleh rakan-pemandu, ia termasuk:
- Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) – Semua rakan-pemandu perlu mendapatkan lesen PSV, di mana rakan-pemandu perlu menghadiri kursus latihan PSV selama 6 jam dan lulus peperiksaan bertulis.
- Pemeriksaan Kesihatan – Semua rakan-pemandu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan PSV.
- Insurans E-hailing – Kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu mendapatkan tambahan insurans e-hailing di atas polisi insurans motor persendirian yang sedia ada.
- Pemeriksaan PUSPAKOM – Kenderaan e-hailing yang berusia lebih daripada 3 tahun mesti melengkapkan pemeriksaan awalan PUSPAKOM dan setiap tahun selepas itu.
Kami telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan mengenai syarat-syarat peraturan ini, dan beliau menyokong beberapa cadangan yang telah dibentangkan. Kini, kami menunggu agensi yang terlibat, seperti JPJ dan APAD, untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan mengemaskini polisi sedia ada.
Pada 4 Mac 2019, wakil Grab bersama-sama dengan pengendali e-hailing lain serta APAD, menghadiri taklimat rasmi pertama JPJ yang meliputi 4 topik, iaitu:
- Pelesenan e-hailing
- Penggunaan kenderaan e-hailing
- Pemeriksaan kenderaan
- Pendaftaran dan pengenalan kenderaan e-hailing
Taklimat ini adalah penting untuk melancarkan pematuhan industri dan kami mengalu-alukan lebih perbincangan dengan agensi penguatkuasa. Kami percaya bahawa lebih banyak penyelarasan diperlukan antara agensi-agensi untuk memastikan peralihan yang lancar, tanpa memberi kesan negatif kepada rakan-pemandu dan orang awam.
Jangan bimbang, Grab sedang berusaha dengan gigih untuk memastikan ia adalah proses yang lancar supaya kami boleh membantu rakan-pemandu dengan peralihan ini. Buat masa ini, tiada langkah-langkah yang kukuh boleh diambil oleh rakan-pemandu untuk memulakan proses ini. Kami akan menyampaikan berita terkini dengan arahan terperinci apabila kami menerima pengesahan proses rasmi.
Selain daripada itu, kami sedar bahawa terdapat mesej yang dikatakan “ringkasan” taklimat oleh JPJ sedang disebarkan melalui WhatsApp dan media sosial. Ia mengandungi maklumat yang tidak tepat serta palsu yang menyebabkan kekeliruan yang tidak wajar.
Kami telah membina sebuah jadual maklumat yang diharapkan akan memberikan penjelasan kepada komuniti kami dan mengelakkan sebarang kekeliruan.
Kami menasihati rakan-pemandu kami untuk menunggu arahan dan berita rasmi dari Grab atau pengawal selia, dan tidak memberi perhatian kepada maklumat palsu yang diedarkan oleh pihak lain.