Click here for the English version
Kami kembali dengan lebih banyak petua untuk anda! Menyambung newsletter sebelum ini tentang tip kesihatan, kami sekali lagi telah bekerjasama dengan Frederick Khoo, pakar fisioterapi daripada Precise Rehab untuk memberikan anda teknik regangan agar kesihatan anda sentiasa terjamin semasa memandu.
Berehat dengan kerap
Hal ini adalah sangat penting kepada mereka yang menghabiskan masa memandu. Jika anda akan memandu sepanjang hari, pastikan anda rancang minimum 3 kali waktu berehat dan pastikan anda meninggalkan ruang di antara waktu rehat anda. Keluar seketika daripada kereta untuk meregangkan otot anda dengan senaman berikut:
Regangan badan
- Pergi ke belakang kereta anda menghadap bonet kereta
- Angkat kaki kiri anda dan bengkokkan kepada anda, meletakkan lutut anda ke bonet
- Rengangkan badan anda ke hadapan dan kekal dalam posisi ini selama 20 saat
- Tolak badan anda ke atas dan bawah selama 10 kali
- Ulang langkah (2) ke (4) untuk bahagian sebelah
Senaman Hamstring
- Regangkan kaki kanan anda dan luruskannya dengan bahagian tumit anda di lantai
Bengkok ke hadapan dan sentuh jari kaki anda dengan kedua belah tangan dan kekalkan posisi ini selama 20 saat - Ulang langkah (1) ke (2) untuk bahagian sebelah
Senaman kaki
- Pergi ke belakang kereta anda
- Dengan membelakangkan bonet anda, bengkokkan kaki kanan anda ke atas supaya kaki anda berpijak di atas bonet
- Berdiri tegak, keraskan perut dan pastikan anda boleh rasakan regangan di bahagian atas paha kanan. Kekal dalam posisi ini untuk 20 saat.
- Setelah anda selesai dengan posisi ini, regangkan kedua belah tangan ke atas, keraskan perut anda dan bengkok bahagian belakang anda belum membawa tangan anda ke bawah. Ulang pergerakan ini untuk 10 kali.
- Ulang langkah (2) ke (4) untuk bahagian sebelah
Lebihkan minum air
Pastikan anda mempunyai botol air di dalam kereta pada setiap masa, cuaca pada masa tahun ini boleh menjadi sangat panas. Kekalkan kehidratan anda sepanjang hari dan jangan elakkan diri daripada minum air hanya kerana anda tidak mahu pergi ke tandas. Kerap pergi ke tandas bermakna anda perlu berhenti memandu seketika – dan ini akan memberikan anda peluang untuk merengangkan otot anda!
Precise Rehab adalah sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan pemulihan sukan, klinik pilates, senaman pembetulan, dan perkhidmatan rawatan. Pusat ini telah diasaskan oleh ahli fisioterapi yang secara keseluruhannya mempunyai pengalaman lebih daripada 14 tahun.
Kemas kini terkini
Penilaian Pemandu yang lebih adil
Berita baik! Purata Penilaian Pemandu anda tidak akan terjejas sekiranya penumpang memilih sebab yang tidak dikaitkan dengan rakan-pemandu untuk trip yang kurang memuaskan. Contoh: jika penumpang menilai trip mereka kurang memuaskan semasa trip GrabShare kerana tingkah laku penumpang yang dipadankan. Tekan sini untuk mengetahui lebih.
Driver Representative Committee di bandar-bandar baru!
Kini ia adalah di Lembah Klang, Melaka, Kuching, Ipoh and Kemaman! Kami juga telah mengemaskini laman DRC dengan gambar peristiwa DRC terkini. Tekan sini untuk mengetahui siapa Driver Reps di bandar-bandar tersebut.
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.