Click here for the English version
Insentif terutamanya pada waktu sibuk, adalah salah satu cara kami untuk melindungi pendapatan rakan-pemandu. Di Grab, ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua rakan-pemandu diberi peluang yang sama rata untuk memperoleh insentif. Kami sentiasa memantau corak memandu rakan-pemandu kami dan tidak akan membenarkan mana-mana tingkah laku yang mencurigakan untuk memperoleh insentif secara tidak adil.
Mengapakah saya menerima amaran?
Kami mendapati anda adalah salah seorang daripada sekumpulan kecil rakan-pemandu yang menunjukkan corak memandu yang mencurigakan semasa waktu sibuk. Tingkah laku tersebut adalah seperti berikut (tidak terhad kepada perkara di bawah):
- Membatalkan tempahan tambang tinggi secara berterusan
- Kerap Meminta penumpang untuk membatal tempahan
- Tidak mengambil penumpang setelah menerima tempahan
- Mengekalkan baki kredit di bawah RM10 semasa online
Anda hanya akan menerima SMS amaran jika anda telah melakukan salah satu daripada perkara di atas berulang kali (lebih kerap daripada kebanyakan rakan-pemandu lain).
Saya tidak mahu insentif Hourly Guarantees saya dibatalkan. Apa yang patut saya lakukan?
Jika anda telah menerima SMS amaran, anda diingatkan untuk tidak mengulangi kelakuan anda untuk memperoleh insentif secara tidak adil.
Pandulah dengan jujur dan berikan pengalaman sebaik mungkin kepada penumpang anda. Berikut adalah beberapa tip untuk anda:
- Pastikan baki kredit anda mencukupi sebelum anda online terutamanya pada waktu sibuk. Kami cadangkan anda mengekalkan sekurang-kurangnya RM30 baki untuk waktu sibuk petang.
- Aktifkan mod offline jika anda belum bersedia untuk menerima tempahan atau jika baki kredit anda kurang daripada RM10
- Elakkan daripada memilih tempahan anda (Kami mendapati bahawa rakan-pemandu yang menerima kesemua tempahan yang diberi memperolehi lebih banyak pendapatan berbanding mereka mereka yang cerewet)
Apakah yang akan berlaku sekarang?
Setelah anda menerima amaran SMS pertama, anda akan dikeluarkan daripada skim insentif Hourly Guarantees secara tetap jika kami masih mendapati tingkah laku mencurigakan ini berterusan.
Sila berikan maklumbalas kepada kami di sini jika anda merasakan insentif anda telah dibatalkan secara tidak wajar. Pihak kami hanya akan memberikan maklum balas untuk kes-kes tertentu sahaja.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.