Click here for the English version
1. Apakah program percubaan GrabExpress x HappyFresh?
Dalam usaha untuk meningkatkan permintaan GrabExpress, GrabExpress telah berkolaborasi bersama Happy Fresh.
HappyFresh adalah sebuah perkhidmatan penghantaran barangan runcit dalam talian yang membolehkan pelanggan untuk memesan barangan runcit daripada pelbagai pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang.
HappyFresh mempunyai pasukan yang akan membeli barangan tersebut daripada kedai, serta satu pasukan pemandu yang akan memungut barangan tersebut dari pembeli dan menghantarkannya kepada pelanggan.
Melalui kolaborasi antara GrabExpress dan HappyFresh ini, sesetengah pesanan HappyFresh akan dihantar oleh rakan penghantar GrabExpress. Sebagai permulaan, program percubaan akan melibatkan 1 pasaraya yang terpilih sahaja.
2. Di manakah program percubaan ini dijalankan?
Program percubaan ini akan dijalankan dengan satu pasar raya dahulu iaitu TMC Bangsar di Lucky Garden, Bangsar. Program ini akan diperluaskan kepada lebih banyak kedai dan pasar raya dalam masa terdekat.
3. Siapa yang boleh menyertai program percubaan ini?
Rakan penghantar yang telah berdaftar dengan GrabExpress dan GrabFood dijemput untuk menyertai program percubaan ini. Anda akan dimasukkan dalam perkhidmatan ini secara automatik.
4. Bagaimana cara untuk saya mengambil pesanan HappyFresh?
Pesanan HappyFresh adalah serupa dengan pesanan GrabExpress yang biasa, di mana anda akan menerima barangan daripada satu lokasi dan menghantarnya kepada lokasi yang dipilih.
Menerima pesanan
- Anda akan menerima pesanan ‘GrabExpress (Beta) SameDay’ yang akan ditulis pada kad pesanan. Harap maklum bahawa ia adalah pesanan penghantaran segera dan dan anda harus mengambil dan menghantar barangan tersebut dengan segera.
- Struktur tambang dan komisen bagi pesanan HappyFresh adalah sama seperti pesanan GrabExpress biasa
- Sila terima pesanan tersebut
Mengambil barangan
- Selepas menerima pesanan, sila teruskan ke lokasi pengambilan. Anda akan menerima barang pesanan daripada seorang pembeli (shopper) HappyFresh, yang boleh anda cam melalui pakaian seragam HappyFresh. Anda boleh menelefon/SMS pembeli (shopper) tersebut melalui aplikasi Grab Driver anda. Harap maklum bahawa GrabChat tidak dapat digunakan untuk perkhidmatan ini
- Sila ambil barang pesanan dari lokasi ini:
TMC Bangsar – Pintu masuk utama
- Jika anda mengalami sebarang masalah, sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192
Menghantar pesanan
- Selepas mengambil pesanan, sila teruskan ke lokasi penghantaran. Anda akan menghantar kepada pelanggan HappyFresh. Anda boleh menelefon/SMS pelanggan tersebut melalui aplikasi Grab Driver anda. Harap maklum bahawa GrabChat tidak dapat digunakan untuk perkhidmatan ini
- Sila hantar barangan pesanan kepada pintu pelanggan
- Jika anda mengalami sebarang masalah, sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192
5. Apakah perbezaan pesanan HappyFresh berbanding dengan pesanan GrabExpress biasa?
Perbezaannya adalah:
- ‘GrabExpress (Beta) Same Day’ akan tertera pada kad pesanan anda, tidak seperti ‘GrabExpress Bike (Beta)’ pada kad pesanan GrabExpress biasa. Anda boleh menyemak jika anda mempunyai GrabExpress (Beta) Same Day dalam halaman profil anda.
- Anda tidak dapat menggunakan GrabChat untuk berhubung dengan pengirim (pembeli HappyFresh) dan penerima (pelanggan HappyFresh). Sila telefon/SMS untuk sebarang pertanyaan atau untuk memaklum status anda.
- Jika anda mengalami sebarang masalah, jangan hubungi perkhidmatan pelanggan GrabExpress. Sebaliknya, sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192.
6. Berapakah boleh saya peroleh dengan menjalankan pesanan HappyFresh?
Struktur tambang dan komisen adalah sama dengan pesanan GrabExpress biasa.
7. Apakah yang harus saya lakukan jika tidak dapat hubungi pengirim?
Sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192.
8. Apakah yang harus saya lakukan jika tidak dapat hubungi penerima?
Sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192.
9. Apakah yang harus saya lakukan jika saya hadapi sebarang kelewatan semasa pengambilan/penghantaran?
Sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192.
10. Apakah yang harus saya lakukan jika pelanggan tersebut mempunyai aduan/masalah dengan barang pesanan ketika saya menghantar barangan tersebut?
Sila hubungi perkhidmatan pelanggan HappyFresh di 03-92120192.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.