Memperkenalkan pengesahan pin kod 4 digit untuk penebusan ganjaran lebih terjamin
Click here for the English version
Menebus ganjaran kini lebih terjamin lagi dengan langkah penebusan ganjaran yang baharu! Mulai 18 Oktober 2018, kami akan memperkenalkan pengesahan pin kod 4 digit di mana rakan-ganjaran perlu memasukkan kod 4 digit sebelum rakan-pemandu boleh menebus sesuatu ganjaran.
Bagaimana penebusan dibuat dengan langkah penebusan baharu ini?
- Kunjungi kedai rakan-ganjaran
- Daftar masuk ke GrabAllStars.com
- Pilih ganjaran yang anda ingin tebus
- Tekan butang ‘Redeem’
- Beri telefon bimbit anda kepada rakan-ganjaran untuk memasukkan pin kod 4 digit
- Anda akan menerima kod pengesahan untuk rujukan (tekan bahagian ‘Redeemed’ untuk melihat senarai ganjaran yang telah ditebus)
Nota penting: cara penebusan baharu ini hanya tertakluk kepada rakan-ganjaran offline sahaja (contoh: bengkel, kedai makan, klinik)
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.