Click here for the English version
Untuk memberikan anda pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kami akan memperkenalkan ciri baharu kami iaitu KBR Airport Queue Allocation.
Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di Kawasan Menunggu yang telah disediakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Ciri baharu ini akan diperkenalkan pada pukul 11.30am, 12 April 2018 (Khamis).
// Peringatan semasa menunggu untuk tempahan anda:
- Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila angka giliran anda adalah 20 dan ke bawah.
- Selepas anda telah menerima tempahan, sila bergerak menuju ke penumpang di terminal selain Pintu D.
- Jangan menghalang aliran lalu lintas.
- Pastikan alam sekitar bersih. Jangan membuang sampah merata-rata.
- Sila bersedia untuk menerima tempahan apabila nomber giliran anda adalah kurang daripada nombor giliran 20. Untuk mengelakkan pembatalan penumpang, sila tiba dengan segera di tempat pick-up.
- Sila letakkan kereta di zon yang ditetapkan sahaja.
// Untuk pengalaman yang lebih baik semasa menunggu:
- Aktifkan Wi-Fi pada telefon anda untuk meningkatkan ketepatan lokasi.
- Kami mengesyorkan anda untuk memilih dan mengaktifkan hanya 1 jenis perkhidmatan pada aplikasi pemandu anda untuk mengelakkan kehilangan kedudukan giliran anda tanpa diduga.
- Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.
- Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.
// Pembatalan daripada pihak penumpang
- Pastikan anda terima tempahan apabila anda telah sedia untuk melengkapkannya.
- Anda dilarang meminta penumpang membatalkan tempahan TANPA SEBAB YANG MUNASABAH. Jika anda didapati melakukan perkara tersebut, tindakan sewajarnya akan dikenakan.
- Untuk mengelakkan penumpang membatalkan tempahan anda. Pastikan anda sentiasa balas panggilan/mesej Grabchat dan juga memberitahu mereka lokasi anda.
// Baki minima credit wallet
Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Credit Wallet anda untuk menerima tempahan. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut kadar komisen anda.
Contoh: Jika anda membayar komisen 20%, anda perlukan baki minima sebanyak RM100 X 20% = RM20 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM100 dan ke bawah.
Dimana kawasan Menunggu?
Gambar 1: Peta Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Sila rujuk peta di bawah. Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di kawasan ini.
- Hijau – Kawasan Menunggu
- Biru – Kawasan Tempahan (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra)
Bagaimanakah ciri ini berfungsi?
Siapa cepat, dia dapat! Ini bermakna pemandu yang paling awal sampai di Kawasan Menunggu akan diberikan tempahan terlebih dahulu. Pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini akan diletakkan di dalam sistem giliran dan hanya akan menerima tempahan apabila giliran mereka sampai.
Anda akan diberitahu tentang giliran anda melalui SMS. Anda juga boleh melihat nombor giliran melalui aplikasi pemandu di bahagian notifikasi.
*Sila harap maklum bahawa kami akan menghentikan notifikasi nombor giliran melalui SMS secara berperingkat.
Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis servis?
Ciri ini tertakluk kepada Grabcar dan Grabcar 6-seater. Pemandu boleh mengaktifkan kedua-dua jenis servis .
Bagaimanakah rakan-pemandu dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?
Apabila anda berada di Kawasan Menunggu, anda akan menerima SMS memberitahu anda kedudukan giliran anda jika anda online. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan.
Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui notifikasi dalam aplikasi. Apabila nombor giliran anda berubah, inbox anda akan dikemaskini secara automatik untuk menunjukkan mesej dalam aplikasi anda. Setiap mesej giliran akan dipadam selepas 2 jam. Oleh itu, pastikan anda menyemak inbox anda untuk pengumuman yang tidak berkenaan dengan tempahan Terminal Sentral Kuantan (TSK).
*Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat nombor giliran?
- Pastikan anda berada di tempat yang betul.
- Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menelefon bahagian Khidmat Pelanggan kami.
- Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui bahagian notifikasi.
Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?
Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk mana-mana jenis servis apabila:
- Anda membatalkan tempahan
- Jika anda mengabaikan lebih daripada DUA tempahan bagi semua jenis servis. (Jika anda mengabaikan SATU tempahan, anda perlu membuka kunci skrin anda dalam masa 5 minit. Jika tidak, giliran anda akan ditolak ke bawah.)
- Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘availability for job’ lebih daripada 5 minit.
- Jika anda meninggalkan Kawasan Menunggu tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.
Apakah yang akan terjadi kepada giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?
- Jika anda telah meninggalkan Kawasan Menunggu untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda bagi jenis servis yang dibatalkan akan tetap kekal di atas jika anda kembali ke kawasan- kawasan tersebut dalam masa 25 minit.
- Walau bagaimanapun, nombor giliran anda bagi jenis servis yang lain akan ditolak ke bawah. Oleh itu, kami sangat mengalakkan anda untuk hanya memilih satu jenis servis sahaja.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.