Daftar bagi Program Potongan Zakat & kami akan selesaikan yang selebihnya!
Click here for English version
Seiring dengan misi kami untuk menjadi aplikasi serba boleh, kami telah bekerjasama dengan beberapa buah agensi zakat terpilih untuk memperkenalkan Program Pemotongan Zakat!
Dengan program ini, rakan-pemandu & rakan-penghantar Muslim boleh menyumbang zakat pendapatan dengan mudah. Hanya daftar bagi program ini dan pemotongan akan bermula pada bulan seterusnya.
Agensi terpilih:
Adakah saya perlu buat sumbangan zakat?
Sumbang zakat adalah wajib jika jumlah pendapatan setahun anda melebihi jumlah Nisab. Jika kurang, anda tidak wajib untuk menyumbang.
Kadar Nisab akan berubah setiap bulan atau tahun, bergantung kepada negeri anda. Rujuk di bawah untuk info lanjut:
- Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)
- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
- Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
- Zakat Pulau Pinang (ZPP)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
- Zakat Melaka (ZM)
Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
1. Daftar dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam borang dengan menekan butang di bawah.
2. Anda akan mendapat notifikasi selewat-lewatnya pada 5hb bulan seterusnya sekiranya pendaftaran anda berjaya.
3. Kami akan memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda melalui dompet tunai pada bulan seterusnya. Untuk Penang & Kedah, sumbangan minimum adalah RM10 atau 2.5% (yang mana lebih tinggi).
Contoh: Sekiranya anda mendaftar pada bulan November 2019, pendapatan bersih anda pada bulan Disember 2019 layak untuk sumbangan Zakat. Pemotongan akan dibuat pada bulan Januari 2020.
Soalan Lazim
Apakah yang perlu dibuat sekiranya saya belum mendaftar untuk zakat?
Jangan bimbang, apabila anda mendaftar untuk Program Pemotongan Zakat, pendaftaran untuk zakat akan dibuat secara automatik.
Sekiranya anda ingin menyumbang zakat untuk pendapatan lain (cth. emas dan perak, pendapatan perniagaan), kunjungi pejabat agensi zakat yang terdekat.
Saya mendaftar akaun Grab saya di Kuantan (Pahang) tetapi saya memandu Grab di Kuala Lumpur. Kemanakah pemotongan zakat saya akan disalurkan?
Pembayaran Zakat adalah digalakkan untuk dibayar ke pusat zakat negeri anda bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya akaun anda didaftarkan di Pahang, pemotongan zakat anda akan disalurkan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP).
Sekiranya anda ingin mengubahnya ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ), anda perlu isi borang ini.
Saya adalah rakan-pemandu di luar bandar yang disenaraikan tetapi ingin menyumbang zakat. Apakah yang boleh saya lakuakan?
Anda boleh kunjungi pejabat agensi zakat terdekat untuk menyumbang. Kami sedang berusaha untuk menawarkan program ini ke bandar-bandar lain. Nantikan berita terkini dari semasa ke semasa!
Apakah yang patut saya lakukan jika saya sudah sedia ada membuat sumbangan zakat kepada agensi yang disenaraikan?
Sekiranya sumbangan zakat telah dibuat dengan nombor kad pengenalan baru, sumbangan anda untuk pendapatan Grab akan direkodkan dalam akaun yang sama.
Sekiranya sumbangan zakat anda dibuat dengan kad pengenalan lain (cth: nombor kad pengenalan lama, kad kuasa polis), sila isi butiran tersebut dalam borang pendaftaran untuk memastikan sumbangan zakat diletakkan dalam akaun yang sama.
Bolehkah saya berhenti menyumbang zakat bila-bila masa?
Anda boleh berhenti menyumbang bila-bila masa dengan mengisi borang ini tetapi sumbangan untuk bulan semasa masih akan dipotong.
Contoh: Jika anda isi borang untuk menghentikan sumbangan zakat pada 16 Mac 2020, pemotongan masih akan dibuat ke atas pendapatan bersih anda untuk bulan Mac pada bulan April 2020. Pemotongan untuk sumbangan zakat akan berhenti pada bulan Mei 2020.
Bagaimanakah cara untuk ketahui jumlah sumbangan zakat terkumpul?
Bergantung kepada agensi zakat anda, anda dinasihatkan untuk mendaftar akaun individu baru atau log masuk ke dalam akaun sedia ada pada laman web berikut:
- Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)
- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
- Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
- Zakat Pulau Pinang (ZPP)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
- Zakat Melaka (ZM)
Jika anda ingin menyumbang lebih daripada 2.5% pendapatan bulanan, anda juga boleh berbuat demikian di pautan yang di atas.
Bagaimanakah pendapatan bersih saya dikira?
Pendapatan bersih adalah jumlah tambang yang diterima selepas pemotongan komisen (jika ada).
Bagaimanakah nisab zakat pendapatan dikira?
Nisab zakat pendapatan dikira berdasarkan gram emas. Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut.
Kadar Nisab akan berubah setiap bulan atau tahun, bergantung kepada negeri anda. Rujuk di bawah untuk info lanjut:
- Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)
- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
- Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
- Zakat Pulau Pinang (ZPP)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
- Zakat Melaka (ZM)
Bilakah tarikh akhir untuk pendaftaran program ini?
Rakan-pemandu/rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum akhir bulan untuk layak bagi sumbangan zakat pada bulan seterusnya.
Pemotongan pendapatan anda akan bermula pada bulan seterusnya.
Contoh: Jika anda mendaftar selewat-lewatnya 28 November 2019, kami akan memotong pendapatan Disember 2019 anda pada bulan Januari 2020.
Adakah program ini mempunyai had umur?
Tiada had umur bagi program ini. Walau bagaimanapun, program ini HANYA terbuka kepada rakan-pemandu/rakan-penghantar Muslim yang berminat untuk membuat sumbangan zakat.
Kemanakah sumbangan zakat akan disalurkan?
Sumbangan anda akan disalurkan ke agensi zakat pilihan anda secara bulanan.
Apakah yang akan berlaku jika akaun saya digantung/ditamatkan atau jika saya tidak mempunyai baki yang cukup dalam dompet setelah opt in?
Jika ini berlaku, kami tidak memotong daripada dompet anda mulai bulan seterusnya. Anda juga akan opt out secara automatik apabila ini berlaku.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.