Click here for the English version
JPJ dan APAD telah mengadakan taklimat pada Jumaat lepas dan telah memaklumkan kepada pengendali e-hailing bahawa rakan-pemandu e-hailing perlu mempunyai dokumen berikut pada 12 Okt:
- Lesen PSV ATAU bukti lulus ujian* sementara anda menunggu lesen PSV (lihat screenshot di bawah)
- Cakera Puspakom jika kenderaan anda berusia lebih daripada 3 tahun
- Pelekat E-Hailing dipaparkan di cermin depan & belakang
- Insurans e-hailing yang sah – sama ada Insurans E-Hailing Harian Grab atau tahunan
Di samping itu, JPJ dan APAD baru sahaja memperkenalkan dua syarat baru semasa taklimat tersebut, walaupun Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan sebaliknya pada bulan Mei lepas (pautan rencana Star).
- [BARU] Salinan EVP. Jika anda mempunyai EVP, sila isi butiran yang berkaitan di dalam templat ini berdasarkan profil pemandu anda & cetak satu salinan. Untuk mengetahui caranya, tekan di sini.
- [BARU] Penukaran kod kenderaan ke ‘AH’ (e-hailing persendirian) di cawangan JPJ terdekat. Anda perlu mengisi borang JPJ (EH1 & K8) dan menghantar salinan:
-
- EVP yang dicetak
- Lesen PSV
- Geran kereta
- Cover note insurans (termasuk insurans e-hailing)**
Keputusan ini adalah sesuatu yang tidak diduga, lebih-lebih lagi mengambil kira tarikh penguatkuasaan yang kian menghampiri. Sementara kami berbincang dengan pihak berkuasa, kami menyarankan anda untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk memenuhi syarat penuh, selewat-lewatnya pada 12 Okt.
Nota penting:
* Sah sehingga 31 Dis 2019 sahaja
** Untuk rakan-pemandu yang opt in untuk Insurans E-Hailing Harian Grab (GDI), sila tunjukkan polisi anda pada bahagian “GrabInsure” di dalam aplikasi pemandu
Soalan Lazim
Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai insurans e-hailing yang sah pada 12 Okt?
Jika anda tidak mempunyai insurans e-hailing (sama ada tahunan atau GDI) pada 10AM 11 Okt, akaun tidak akan diberikan tempahan. Sila kemaskini cover note insurans anda di http://grb.to/ehailling_insurance atau opt in ke GDI melalui dalam aplikasi pemandu anda jika anda belum lagi melakukannya.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui status Permit Kenderaan E-hailing saya (EVP)?
Lihat status EVP di dalam aplikasi pemandu berdasarkan panduan (langkah 4).
- Jika anda belum lagi melakukannya, sila muat naik butiran kenderaan & geran kereta anda di http://grb.to/reg_reupload
- Jika permohonan anda belum diluluskan (“Pending Approval”), permohonan anda telah dihantar kepada APAD / LPKP dan sedang menunggu untuk diluluskan. Sila tunjukkan ini kepada pihak berkuasa jika anda diminta untuk berbuat demikian
- Jika anda telah menghantar butiran anda tetapi status EVP anda masih kosong, sila harap maklum bahawa disebabkan oleh slot harian terhad yang diberikan oleh APAD / LPKP, kami akan mengutamakan permohonan EVP rakan-pemandu yang mempunyai lesen PSV atau yang telah lulus ujian
Jika anda tidak dapat lihat nombor EVP anda di dalam aplikasi pemandu, sila muat turun versi terkini aplikasi pemandu (v5.95 untuk Android atau v1.82 untuk iOS).
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pelekat E-hailing?
Untuk bandar yang mempunyai kiosk yang dikendali oleh Grab, bawa salinan lesen PSV dan bukti lulus ujian ke kiosk terdekat untuk mendapatkan pelekat anda. Senarai kiosk boleh dilihat di sini.
Untuk bandar yang lain, sila nantikan makluman daripada Grab pada masa terdekat untuk mendapatkan pelekat e-hailing di bandar anda.
Apakah yang akan berlaku jika saya belum lengkapkan pemeriksaan PUSPAKOM?
Jika kereta anda berusia lebih daripada 3 tahun, kami menyarankan anda untuk melengkapkannya secepat mungkin. Selepas 12 Okt, PUSPAKOM mewajibkan rakan-pemandu untuk mempunyai EVP sebelum mereka boleh menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bukit saya telah lulus ujian?
- Layari https://grb.to/JPJresults
- Masukkan nombor Kad Pengenalan
- Ambil gambar screenshot peribadi dan keputusan ujian anda