Click here for English version
Memperkenalkan Auto Accept, ciri baru untuk menerima tempahan secara automatik! Dengan ini, anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya di jalan raya tanpa bimbang terlepas tempahan lagi.
Bagaimanakah Auto Accept boleh membantu anda
Pandu dengan lebih selamat
Anda tidak perlu bimbang mengendali beberapa tugas dalam satu masa lagi semasa memandu seperti menerima tempahan dalam masa 10 saat. Ini bermakna anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dan memberikan pemanduan yang lebih selamat apabila di jalan raya!
Tiada lagi tempahan yang terlepas
Terlepas tempahan kerana anda keluar dari kereta untuk membantu penumpang? Auto Accept akan memastikan anda tidak terlepas tempahan seperti ini lagi. Apabila anda menerima lebih banyak tempahan, anda boleh mengutip lebih banyak tambang dan meningkatkan pendapatan anda.
Soalan Lazim
Apa jenis tempahan yang boleh diterima dengan ciri Auto Accept?
Ciri Auto Accept akan menerima semua tempahan yang anda layak terima. Contoh: sekiranya anda mendapat tempahan GrabShare, tempahan yang dipadankan (matched) seterusnya akan diterima secara automatik – anda hanya perlu mengikut susunan pick up dengan sewajarnya.
Apakah yang akan berlaku jika penumpang membuat tempahan bagi jenis perkhidmatan yang salah?
Jika penumpang telah menempah jenis perkhidmatan yang salah, sila minta penumpang untuk batalkan dengan sopan dan buat tempahan lain dengan jenis perkhidmatan yang betul.
Boleh saya buat tempahan back2back semasa ciri Auto Accept diaktifkan?
Ya. Anda boleh menerima tempahan back2back semasa ciri Auto Accept diaktifkan. Tempahan back2back akan diterima secara automatik bagi pihak anda dan akan diambil kira untuk jumlah trip anda.
Apakah yang akan berlaku jika tempahan diterima secara automatik semasa saya sedang berehat?
Sebagai rakan-pemandu, kami menggalakkan anda untuk menghormati tempahan yang sudah diterima. Jika anda tidak dapat melakukan tempahan tersebut, sila hubungi penumpang untuk membuat pembatalan. Anda diingatkan untuk mematikan butang availability jika anda ingin berehat.
Saya sudah menerima pengaktifan ciri Auto Accept tetapi tempahan telah dibatalkan oleh operator. Mengapakah perkara ini berlaku?
Hal ini mungkin berlaku kerana anda berada di kawasan yang tidak mempunyai isyarat telefon yang stabil, di mana aplikasi pemandu anda tidak dapat mengesan anda telah menerima pengaktifan ciri Auto Accept.