5 Tip Pengurusan Kewangan

Dapatkan lebih manfaat dari wang anda!

Click here for English Version

Masih belum terlambat untuk sesiapa sahaja mempelajari ilmu pengurusan kewangan. Ianya merupakan satu kemahiran yang patut dimiliki oleh semua, terutamanya di masa seperti sekarang di mana kita sedang mengalami situasi ekonomi yang meragukan disebabkan oleh wabak COVID-19. Jangan risau, ikuti 5 tip ini untuk membantu anda menguruskan wang dengan lebih baik.


Tip #1: Rancang bajet anda, dan sentiasa patuhinya!

Perancangan bajet adalah kemahiran yang paling penting untuk pengurusan kewangan yang berjaya. Bajet yang dirancang rapi akan memastikan anda berjaya mencapai matlamat kewangan anda, dan memberikan anda pemahaman yang menyeluruh mengenai perbelanjaan di dalam semua aspek kehidupan. Setiap orang mempunyai komitmen dan keperluan kewangan yang berbeza, jadi pastikan bajet anda menepati jumlah pendapatan dan gaya hidup anda.

Walau bagaimanapun, bajet yang dirancang rapi tidak akan dapat menjamin kewangan anda 100% jika ianya tidak dipatuhuhi. Pastikan anda berbelanja mengikut perancangan, atau ubah bajet anda berdasarkan status kewangan terkini untuk memastikan bajet yang dirancang adalah yang terbaik.


Tip #2: Lengkapkan pembayaran kad kredit anda tepat pada masanya

Kad kredit boleh memudahkan atau menghancurkan hidup anda bergantung kepada cara anda menggunakannya. Kad kredit sangat berguna jika tidak mahu membawa wang tunai berlebihan bersama anda. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa semua perbelanjaan kad kredit anda adalah satu bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula. Pastikan anda tidak berbelanja melebihi jumlah yang mampu dibayar semasa menggunakan kad kredit.

Tabiat ini akan memberikan kesan buruk kepada kewangan peribadi anda kerana anda akan dikenakan faedah untuk sebarang jumlah yang belum dibayar. Jika anda membiarkan tabiat ini berulang, jumlah faedah akan semakin bertambah sehingga anda akan terpaksa memperuntukkan jumlah yang besar setiap bulan untuk melangsaikan bil kad kredit anda. Pastikan anda melengkapkan pembayaran bulanan tepat pada masanya untuk mengelakkan situasi ini.


Tip #3: Bina dana kecemasan anda hari ini

Jangan bertangguh lagi dan lakukannya sekarang. Anda tidak akan tahu bila kemalangan kecil seperti kehilangan telefon pintar, atau sesuatu yang lebih buruk seperti rompakan atau penyakit kritikal boleh berlaku kepada anda. Dengan dana kecemasan anda mampu melalui situasi-situasi ini dengan lebih tenang.

Jika anda masih belum memiliki dana kecemasan, jadikan ia keutamaan nombor satu di dalam senarai matlamat kewangan anda. Simpan dana kecemasan anda di dalam akaun yang anda boleh akses dengan mudah bagi mengelakkan sebarang proses rumit untuk mendapatkan wang anda jika sebarang kemalangan berlaku.


Tip #4: Pelbagaikan pelaburan anda

Jangan laburkan semua wang simpanan anda di dalam satu jenis pelaburan sahaja. Jangan lakukan kesilapan ini tidak kira seberapa banyak pulangan yang dijanjikan oleh ejen anda, untuk sebarang jenis pelaburan termasuk akaun faedah tetap, bon, saham atau hartanah.

Dengan mempelbagaikan pelaburan, anda tidak akan kehilangan semua wang simpanan anda jika salah satu dari pelaburan anda tidak berjaya. Kepelbagaian pelaburan akan membantu anda mengurangkan risiko secara keseluruhan, kerana tiada pelaburan yang akan menguntungkan anda 100% sepanjang masa. Bina portfolio pelaburan yang seimbang dengan menggabungkan pelaburan berisiko tinggi dan rendah di dalam portfolio anda.


Tip #5: Manfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan kewangan anda

Wang simpanan anda boleh memberikan keuntungan jika anda tahu cara menggunakannya. Dengan pelbagai bahan rujukan atas talian, anda boleh mempelajari cara pengurusan kewangan peribadi dengan hanya beberapa klik.

Atau anda boleh kunjungi laman web Standard Chartered untuk lebih maklumat mengenai pelbagai produk kewangan, atau kunjungi cawangan berdekatan anda untuk berbincang dengan penasihat kewangan profesional apabila situasi COVID-19 menjadi lebih baik

Kukuhkan kewangan anda dan bina masa depan yang lebih cerah bersama Grab dan Standard Chartered sekarang.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

 

 

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.