5 idea “temu janji” bersama kereta anda

Berikannya kasih sayang yang sepatutnya sepanjang bulan ini!

Click here for the English version

Sebagai rakan-pemandu, anda banyak menghabiskan masa dengan kereta anda. Seperti orang terdekat, kenderaan anda juga memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada anda.

Untuk menyambut bulan yang romantik ini, apa kata anda bawa kereta anda keluar untuk “temu janji”? Berikut adalah beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan!


1. Periksa Tayar Kereta

Salah satu perkara yang mudah yang boleh dilakukan semasa “temu janji” adalah memeriksa tekanan tayar! Tayar yang tidak cukup angin bukan sahaja boleh menjejaskan pengendalian kereta, malah meningkatkan penggunaan petrol dan merosakkan suspensi kereta anda.

Jika tayar anda sudah kempis, kunjungi stesen minyak terdekat anda dan tambah angin ke dalam tayar. Jangan lupa untuk memeriksa penjajaran dan silangkan tayar setiap bulan jika boleh. Pemeriksaan ringkas seperti ini boleh meningkatkan jangka hayat kenderaan dan penjimatan anda!

2. Periksa takat minyak enjin

Jangan lupa untuk periksa minyak enjin anda semasa “temu janji” anda. Minyak enjin memastikan enjin anda berfungsi dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Walaupun anda perlu berkunjung ke bengkel terdekat anda untuk menukar minyak enjin, pemeriksaan paras minyak enjin boleh dilakukan di rumah. Untuk memeriksa, buka but hadapan kereta dan tarik pengukur celup dari lubang. Kemudian lap minyak di hujung pengukur celup dan masukkannya semula ke dalam lubang. Keluarkannya semula dan periksa paras minyak di hujung pengukur celup. Jika ianya tidak sampai ke paras maksimum, tambah mengikut kesesuaian.

3. Jadualkan Sesi Penyelenggaraan/Servis Kereta

Jangan lupa untuk menjadualkan sesi penyelenggaraan kereta anda! Ini akan membantu memelihara keadaan kereta anda dan akan juga mengelakkan kerosakan yang teruk.

Rujuk buku manual kereta atau buku jadual penyelenggaraan kereta anda dan semak sesi penyelenggaraan kereta anda yang seterusnya. Takut terlupa? Tetapkan peringatan dalam telefon bimbit anda agar anda akan dimaklumkan pada sesi yang seterusnya.

4. Menukar pengelap cermin & brek

Pastikan anda beri perhatian kepada bunyi pengelap cermin dan brek anda. Jika pengelap cermin anda berdecit dan tidak mengelap dengan sempurna, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggantikannya. Untuk mengelap cermin, anda tidak perlu berkunjung ke bengkel. Beli yang baru dan pasangnya sendiri di rumah!

Jika brek kereta anda menggeluarkan bunyi kasar semasa anda menggunakannya, ini mungkin bermaksud brek anda sudah haus. Kunjungi bengkel terdekat untuk melakukan pemeriksaan dan tukar pad brek anda jika perlu. Pad yang haus boleh menyukarkan kereta anda untuk berhenti dan boleh membahayakan nyawa.

5. Basuh kereta

Tiada siapa yang sukakan kereta kotor. Oleh itu, bawalah kereta untuk dicuci! Selain memastikan kereta anda bersih, cucian kereta akan menanggalkan kekotoran yang boleh menjejaskan cat kereta anda. Selain itu, mencuci kereta juga akan mengelakkan karat.

Salah satu tabiat baik yang boleh anda amalkan ialah memeriksa kenderaan anda untuk kekotoran pada setiap hari. Nampak najis burung? Basuhnya dengan segera dengan air dan kain kering kerana ini boleh meninggalkan kesan jika dibiarkan.

Inginkan sesuatu kenderaan anda? 💞

Jika anda sedang mencari tempat untuk bertemu janji bersama kereta anda, rakan kami di Liqui Moly ada jawapannya!

Sepanjang bulan ini, nikmati MoS2 Engine Treatment 300ml secara PERCUMA, eksklusif di bengkel terpilih! Ketahui bengkel terpilih yang berdekatan dengan merujuk di sini.


Info Terkini!

Wajah Baru Menu Aplikasi Pemandu

Mulakan tahun baru 2020 dengan wajah baru menu aplikasi pemandu! Muat turun aplikasi pemandu ke v5.114 untuk Android atau v.1.101.0 untuk iOS untuk menggunakan menu baru ini.

Perlindungan Penilaian Pemandu

Untuk melindungi anda daripada penilaian yang tidak adil, kami telah menambahbaik sistem kami. Pastikan anda rujuk bahagian ini apabila anda melihat profil pemandu anda.

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.