Click here for the English version
Kami memahami kesukaran yang anda hadapi apabila penumpang membuat tempahan yang salah.
Setelah mendengar cadangan anda dan sebahagian daripada penambahbaikan ciri Penumpang tidak muncul, kami telah memperkenalkan lebih banyak sebab pembatalan untuk membolehkan anda membatalkan tempahan tanpa menjejaskan Cancellation Rate (CR) anda!
Apakah senarai sebab pembatalan yang boleh saya pilih?
Selain ‘penumpang tidak muncul’, anda boleh memilih daripada pilihan sebab pembatalan berikut:
- Terlalu ramai penumpang atau bagasi
- Tidak boleh menjemput di lokasi
Berita baik – ciri ini tidak mempunyai masa menunggu!
(Masa menunggu minima masih ada untuk ciri ‘Penumpang Tidak Muncul’)
Bagaimanakah ciri ini berfungsi?
Jika penumpang anda tidak muncul di lokasi pick up ataupun jika penumpang telah membuat tempahan yang salah, ikuti langkah berikut untuk membatal tempahan tersebut tanpa menjejaskan Cancellation Rate (CR) anda.
- Tekan ‘Saya Sudah Sampai’ hanya apabila anda sudah sampai ke lokasi pick up penumpang
- Jika penumpang anda berada di lokasi pick up tetapi telah membuat tempahan yang salah, sila maklumkan kepada penumpang bahawa anda akan membatalkan trip tersebut. Pilih sebab pembatalan yang berkenaan.
- Untuk pembatalan menggunakan ‘Penumpang Tidak Muncul’, sila pastikan anda telah menunggu di lokasi pick up sekurang-kurangnya 5 minit.
- Batal trip semasa anda masih berada di lokasi pick up.
Nota penting:
- Jika anda menekan ‘Saya Sudah Sampai’ sebelum sampai ke lokasi pick up, anda akan diminta untuk mengesahkan anda sudah sampai ke lokasi pick up (seperti gambar di bawah). Jika anda tekan ya, anda tidak akan dapat menggunkan ciri ini.
- Ciri ini tidak akan dapat digunakan jika butang ‘Batal’ telah ditekan selepas anda meninggalkan lokasi pick up penumpang.
Soalan lazim
Perlukah saya menekan butang ‘Saya Sudah Sampai’ hanya apabila saya sudah sampai ke lokasi pick-up?
Ya. Untuk membatalkan tempahan tanpa menjejaskan CR anda, sila tekan butang ‘Saya Sudah Sampai’ hanya apabila anda sampai ke lokasi pick-up. Jika tidak, ciri ini tidak akan dapat digunakan kerana anda tidak berada di lokasi pick-up.
Apakah yang akan berlaku jika saya menekan ‘Saya Sudah Sampai’ sebelum sampai ke lokasi pick-up?
Anda akan dimaklumkan bahawa lokasi anda yang sedia ada tidak sepadan dengan lokasi pick-up lokasi. Jika anda telah memilih untuk meneruskan, senarai sebab yang tidak menjejaskan CR anda tidak akan muncul. CR anda akan terjejas jika anda membatalkan tempahan tersebut.
Adakah ciri pembatalan ini mempunyai masa menunggu minima?
Tidak, ciri ini tidak mempunyai masa menunggu. Walau bagaimanapun, untuk pilihan sebab ‘Penumpang tidak muncul’, pemandu masih lagi perlu menunggu untuk tempoh masa minima 5 minit. Selain itu, pastikan anda berada di lokasi pick-up penumpang apabila anda membuat pembatalan tempahan.
Apakah yang akan berlaku jika saya membatal tempahan setelah meninggalkan lokasi pick-up penumpang?
Senarai pilihan sebab yang tidak akan menjejaskan CR anda tidak akan muncul. CR anda akan terjejas jika anda membatalkan tempahan. Oleh itu, sila batalkan tempahan semasa anda masih berada di lokasi pick-up.
Saya tidak dapat melihat senarai pilihan sebab pembatalan yang tidak menjejaskan CR saya. Mengapakah hal ini berlakuk?
Hal ini mungkin disebabkan oleh:
- Butang ‘Saya Sudah Sampai’ telah ditekan sebelum sampai ke lokasi pick-up penumpang.
- Butang ‘Batal’ telah ditekan sebelum sampai ke lokasi pick-up atau setelah meninggalkan lokasi pick-up.
- Telefon bimbit anda mempunyai isu GPS.
Apakah versi aplikasi minima yang diperlukan untuk mengunakan ciri ini?
Versi aplikasi minima untuk menggunakan ciri ini adalah v5.43.0 (Android) / 1.30.0 (iOS) ke atas.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.