Daftar sebagai Rakan Pemandu atau Rakan Penghantar Grab hari ini
Daftar sekarang

Perlindungan insurans tambahan percuma untuk kemalangan semasa anda sedang bekerja dan di luar kerja

Eksklusif untuk Rakan-Penghantar Grab

Buat Tuntutan
hero

Faedah Insurans Kemalangan RPG 24/7

Perlindungan automatik

Perlindungan tambahan di atas Group Personal Accident, untuk Rakan-Penghantar Grab yang aktif.

Perlindungan kemalangan yang tinggi

Perlindungan sehingga RM50,000 untuk kematian akibat kemalangan, kehilangan upaya kekal, pengebumian dan perbelanjaan perubatan.

Liputan 24/7 di seluruh negara

Mempunyai ketenangan fikiran sekiranya berlaku kemalangan, semasa dan di luar kerja

Member & Gold

Platinum & Ultimate

Kematian Akibat Kemalangan atau Kehilangan Upaya Kekal

RM 1,000

RM 2,000

Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Kemalangan

RM 25,000

RM 50,000

Perbelanjaan Pengebumian (Kemalangan)

RM 500

RM 500

Perbelanjaan Ambulans (Kemalangan)

N/A

RM 500

Rakan-penghantar mesti memenuhi kriteria berikut untuk layak:

Telah memenuhi lebih daripada 30 tempahan pada bulan sebelumnya

Mempunyai Kadar Pembatalan (CR) kurang daripada 8% pada bulan sebelumnya

Contoh senario

Ahmad ialah Rakan-penghantar peringkat Platinum bulan ini (berdasarkan prestasinya pada suku terakhir)

Senario A: Semasa Bekerja

Ahmad terlibat dalam kemalangan semasa melakukan penghantaran GrabFood. Ahmad layak untuk menikmati perlindungan berganda dari kedua-dua insurans. Ahmad dilindungi oleh Insurans Group Personal Accident (kerana kemalangan berlaku semasa Ahmad melakukan penghantaran), dan Insurans Kemalangan RPG 24/7 pada masa yang sama.

Senario B: Di Luar Kerja

Ahmad terlibat dalam kemalangan sebelum bermula kerja pada aplikasi Pemandu Grab. Dia tidak dilindungi oleh Group Personal Accident (kerana kemalangan itu berlaku semasa Ahmad berada di luar talian). Bagaimanapun, dia dilindungi oleh Insurans Kemalangan RPG 24/7.

Proses Tuntutan

LANGKAH 1

Kemalangan berlaku

LANGKAH 2

Buat laporan polis dalam masa 24 jam

LANGKAH 3

Buat laporan dalam Pusat Bantuan Grab

LANGKAH 4

Serahkan dokumen

Petikan skrin Peringkat GrabBenefits, ID Tempahan (pada masa kemalangan), Borang Tuntutan Kemalangan Diri Chubb

LANGKAH 5

Tuntutan akan diproses

LANGKAH 6

Terima bayaran tuntutan anda

Ada soalan? Kami ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan kami
Grab berhak sepenuhnya dan mutlak untuk menarik balik, mengubah, melanjutkan atau menghentikan sebarang aspek program GrabBenefits, termasuk tawaran manfaat, atau meminda mana-mana bahagian daripada terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada program dan tawarannya, keputusan Grab akan dianggap muktamad dan konklusif.
grab-logo
Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.

Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360

Follow us and keep updated!
country-flagMalaysia
© Grab 2010 - 2025